Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2012
23 Nov 2011, SMK Membakut II- Majlis penyerahan bantuan khas awal persekolahan 2012 telah berlangsung di dewan Sri Gemilang. Pihak sekolah amat berbesar hati kerana Datuk Sri Panglima Anifah Hj. Aman telah sudi berkunjung ke sekolah ini. Datuk Sri Panglima Anifah Hj. Aman merupakan ahli parlimen P.176 Kimanis, Sabah, merangkap menteri luar negeri.Sebagaimana yang dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam ucapan Bajet 2012,Bantuan Awal Khas Persekolahan sebanyak RM100 kepada semua murid Warganegera Malaysia di Sekolah Rendah dan Menengah dari Tahun 1 hingga ke Tingkatan 5.Dengan ini, Bantuan Awal Persekolahan SMK Merchang diberikan pada hari ini iaitu :
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM 100.00 kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun 2012 akan diadakan seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 23 November 2011 (Rabu)
Masa : 11.00 pagi
Tempat : Dewan Sri Gemilang
VIP : Y.B. DATUK SRI PANGLIMA ANIFAH HJ. AMAN
(Ahli Parlimen P. 176 Kimanis/Menteri Luar Negeri)
Jemputan: Ibu bapa dan pelajar Tingkatan 2-5 Sesi Persekolahan 2012
Antara rakaman foto majlis ini:



Jumaat, November 25, 2011
Admin
Posted in: 



















